top of page
  • muinsapidin

Tambahan Dana Untuk Pelajar Di Timur Tengah

IPOH: Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sentiasa memandang serius terhadap masalah kewangan yang dihadapi oleh anak-anak Perak yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah,

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria berkata, bantuan berjumlah RM 608,000 diberikan kepada 129 orang pelajar pengajian Islam di Jordan dan 175 pelajar perubatan di Mesir.

Menurut beliau, bagi pelajar pengajian Islam di Jordan, kadar bantuan dermasiswa dinaikkan sebanyak empat kali dalam tempoh 11 tahun bermula tahun 2005, sehingga kini jumlah yang diberikan sebanyak RM11,000 seorang.

"Pelajar pengajian Islam di Mesir dinaikkan sebanyak tiga kali dengan kadar RM 6,500 dan untuk tahun 2016, MAIPk masih mengekalkan dermasiswa untuk pelajar perubatan sebanyak RM 20 000 seorang,” katanya semasa menjawab soalan lisan Abu Bakar Hussian (PAS-Titi Serong) dalam Sidang DUN Perak pada Khamis.

Drs Nizar berkata, MAIPk turut mempertimbangkan mana-mana pelajar yang mempunyai masalah tunggakan yuran pengajian, dengan RM130,000 dana tambahan diberikan kepada 12 orang pelajar tersebut.

"Selain dermasiswa, pelajar-pelajar ini turut menerima bantuan RM3,500 seorang bagi yang mengikuti Markaz Lughah dan ini merupakan peruntukan bantuan buat pertama kali pada tahun 2016," ujarnya.

Menurut Drs Nizar, nisbah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori bidang pengajian pendidikan Islam (Sarjana), Pengajian Islam (Sarjana Muda), Pengajian Perubatan dan Diploma di Timur Tengah mulai tahun 2005 hingga 2015.

Beliau memberitahu, jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran adalah seramai 6,083 orang pelajar dengan jumlah dermasiswa sebanyak RM 47,163,760.


89 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page