top of page
  • muinsapidin

Sediakan Perkhidmatan myBAS Di Gugusan Manjoi

IPOH: Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mendapatkan perkhidmatan laluan myBAS untuk kemudahan penduduk di Gugusan Manjoi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam. Intergrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, permohonan itu akan dikemukakan kepada SPAD untuk diberi pertimbangan.

"Saya akan mengambil maklum permohonan ini dan mengajukannya kepada pihak SPAD.’’ Katanya semasa menjawab soalan tambahan Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi) pada sidang Dewan Negeri di Ipoh pada Khamis. Ziad dalam soalan tambahannya meminta kerajaan mengambil langkah awal dengan memasukkan laluan baharu terutama di kawasan berpendudukan tinggi seperti di Gugusan Manjoi.

Katanya perkhidmatan myBAS diperlukan memandangkan ramai penduduk tediri daripada golongan warga emas dan ibu tunggal amat memerlukan perkhidmatan bas untuk urusan seharian ke hospital dan UTC. Menurut Dr Mah, kerajaan negeri sememangnya berhasrat untuk menambah rangkaian dan laluan perkhidmatan sedia ada untuk kemudahan rakyat di negeri ini. Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada penilaian pihak SPAD terhadap keberkesanan rangkaian laluan sedia ada yang telah dilancarkan berdasarkan data prestasi myBAS diperolehi dalam tempoh enam bulan selepas pengoperasian penuh perkhidmatan myBAS. "‎Kajian semula rangkaian dan laluan in akan mengambil kira permintaan dan maklum balas daripada pengguna.’’ Katanya.


103 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page