top of page
muinsapidin

Petani Rayu Pampasan Kemusnahan Oleh Gajah Liar

IPOH: Kerajaan negeri diminta memberi pampasan kepada petani di kawasan Hulu Perak yang mengalami kerugian besar akibat pencerobohan gajah-gajah liar yang memusnahkan hasil tanaman mereka baru-baru ini.

Wakil BN-Temengor, Salbiah Mohamed berkata, lebih ketara lagi apabila berlaku kes serangan gajah di Hulu Perak yang menyebabkan seorang petani putus tangan ketika cuba menghalau gajah gara-gara kelewatan pihak PERHILITAN membantu pekebun berkenaan.

"Macam mana petani-petani ini hendak meningkatkan pendapatan sedangkan hasil pertanian mereka dan tanaman getah dimusnahkan gajah liar," katanya semasa membahaskan bajet Perak 2017 di sidang Dewan Negeri Perak di Ipoh pada Rabu. Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya menambahan pagar eletrik dibuat bagi mencegah pencerobohan gajah di kawasan kebun petani di kawasan Hulu Perak termasuk di Temengor.

Salbiah juga meminta kerajaan negeri supaya meneruskan perancangan untuk mewujudkan senteri gajah di Hulu Perak sebagai usaha menempatkan gajah-gajah liar ini di kawasan habitat asalnya. "Langkah mewujudkan pusat konseversi gajah ini saya yakin dan percaya dapat membendung pencerobohan gajah liar di kawasan tanaman petani-petani di Hulu Perak," katanya.


73 views0 comments
bottom of page