top of page
  • muinsapidin

Keputusan UPSR Teruk, Syarat Kemasukan SBP, MRSM Mungkin Berubah

IPOH: Syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MARA) mungkin direndahkan ekoran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang kurang memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, perubahan itu juga perlu dilakukan memandangkan format yang digunakan untuk ujian itu telah berubah berbanding tahun lalun.

"Saya kira tentu akan ada perubahan dari segi kemasukkan ke sekolah-sekolah tersebut memandangkan keputusan serta format yang telah berubah bagi UPSR 2016 ini.

"Tapi saya masih belum dapat sahkan kerana ianya terpulang kepada institusi masing-masing, tetapi jika dilihatkan di Perak sahaja mempunyai seratus lebih asrama tetapi pelajar cemerlang seluruh negara kita masih belum tahu lagi," katanya dalam satu sidang media khas di sini pada Khamis.

Menurut beliau, di Perak hanya 363 calon atau 1.05 peratus sahaja daripada 34,713 calon yang menduduki pemeriksaan itu memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Katanya, pencapaian kurang memberangsangkan itu mungkin juga disebabkan faktor peralihan pelajar daripada format lama kepada format yang baharu.

"Jika dilihat prestasi, ia boleh ditingkatkan lagi sebab bilangan cemerlang itu agak rendah, tapi kita juga perlu adil kerana ini merupakan ujian pertama menggunakan format baru.

"Kerajaan negeri mengharapkan prestasi ini akan dapat ditingkatkan dengan format yang baharu ini pada tahun hadapan," ujarnya.


914 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page