IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafi keras dakwaan kononnya kerajaan langsung tidak memberi perhatian terhadap permohonan kawasan penempatan rakyat di negeri ini. Malah katanya, kerajaan telahpun meluluskan kawasan-kawasan untuk tujuan penempatan termasuk juga kawasan-kawasan pertanian untuk rakyat. "Jadi untuk mengatakan kerajaan langsung tidak mengambil kira dari segi kedudukan di satu-satu tempat adalah tidak betul.
Perlu saya jelaskan (dakwaan kerajaan tak ambil peduli) kerana ada pihak seolah-olah cuba membuat persepsi bahawa langsung kita tidak menolong rakyat kita. "Malah kita lihat dalam kes-kes tertentu dengan rekod yang kita ada telah luluskan beribu-ribu ekar,’’ katanya semasa menjawab soalan tambahan Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) pada siding Dewan Negeri Perak di Ipoh pada Khamis. Dr Zambry menjelaskan kerajaan negeri mempunyai nilai-nilai perundangan maka tidak akan bertolak ansur sebarang kegiatan penerokaan dilakukan secaraa berluasa di negeri ini. Walaubagaimanapun, jelasnya, terdapat kes-kes terlalu lama umpamanya melibatkan penempatan yang sudah wujud selama 40 ke 50 tahun yang sebelum diproses untuk kelulusan penempatan. Terdahulu semasa menjawab soalan Aznel Ibrahim (BN- Pengkalan Hulu) sejauh mana tanah diberikan agensi kerajaan seperti PKNP dan SADC dimajukan setakat ini, Dr Zambry berkata, antara tindakan yang diambil ialah melakukan kajian kebolehlaksanaan bagi mememastikan cadangan perancangan pembangunan menepati perancangan pelan pembangunan agensi. Pada masa yang sama katanya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan serta permintaan pasaran atau pelaksanaannya adalah berdaya maju dan memberi manfaat terhadap peningkatan pendapatan dan sosial ekponomi kepada rakyat terutama dikawasan luar Bandar. Menurut Dr Zambry, tindakan kedua yang diambil ialah menjalankan aktiviti ekonomi yang bersesuaian dengan jenis tanah yang diberikan seperti perladangan, penyewaan tanah pertanian dan perlombongan serta mineral untuk dimajukan termasuk juga menjalankan kerjasaama dengan agensi lain melalui Perak Investment Management Centre, MAIDA, dan NCIA yang bertindak sebagai `match maker’ bagi tanah perindustrian. Katanya, dalam kontek ini kerajaan menjalankan pembangunan perumahan secara usahasama dengan syarikat pemaju bagi memfokuskan penyediaan skim perumahan mampu milik dan skim perumahan ba gi kakitangan awam dan menyegerakan permohonan kelulusan pajakan sewsaan yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan bagi tanah tanah yang ada permohonan sama ada daripada individu atau syarikat.