top of page
  • muinsapidin

30 Kilang Kelapa Sawit Berlesen Ada Kelulusan Lupus Sisa Buangan Dalam Sungai

IPOH: Kerajaan negeri memandang serius isu pembuangan sisa lebihan sektor perindustrian dan pertanian khususnya kilang kelapa sawit ke dalam aliran sungai dan laut di seluruh Perak. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata setiap pengusaha kilang kelapa sawit yang berlesen perlu mematuhi peraturan tertentu dalam operasi harian.

Katanya, mana-mana premis yang didapati tidak mematuhi syarat di bawah peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Minyak Sawit Mentah) 1977 akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. " Isu pencemaran daripada sisa buangan lebihan kelapa sawit sentiasa menjadi perhatian kerajaan negeri dan mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini akan disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. "Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar ( JAS) untuk memperkenalkan pendekatan "Guided Self Regulation" di mana tanggungjawab pemuliharaan, sistem kawalan pencemaran dan operasi harian diuruskan sepenuhnya oleh pemilik kilang berkenaan,"katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Trong, Datuk Dr Zabry Abdul Wahid (BN) dalam hari ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri ke-13 pada Khamis. Jelasnya, setiap pemain industri yang terlibat perlu sentiasa memantau pengurusan efluen atau sisa buangan yang terhasil agar ianya terawat sebelum dilepaskan ke alur air bagi mengelakkan pencemaran yang akan merosakkan ekosistem. Dr Amin berkata ianya adalah untuk mengelakkan sebarang kemungkinan pencemaran air sungai yang akan membawa kepada penurunan hasil laut seperti ikan dan kerang khususnya di sekitar kawasan Trong. Sehingga hari ini, terdapat 30 kilang kelapa sawit yang menjalankan operasi melupuskan efluen atau sisa buangan ke dalam sungai dengan mematuhi syarat dan standard piawaian yang ditetapkan.


24 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page