top of page
  • muinsapidin

Perak Bangunkan Pekan Koboi

IPOH: Program Pembangunan Pekan Kecil Negeri Perak memberi impak menerusi pemodenan fizikal kepada premis perniagaan yang uzur dan sinonim dengan 'pekan koboi'.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, program itu memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk memiliki premis yang moden selain mewujudkan peluang pekerjaan.

Menurut beliau, pembangunan semula pekan kecil sebagai contoh di Kubu Gajah dan Ijok merupakan tanggungjawab sosio-ekonomi kerajaan negeri dalam menyediakan infrastruktur fizikal yang melibatkan wakil rakyat, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah.

“ia juga turut melibatkan para peniaga dan penduduk setempat," katanya semasa menjawab soalan lisan Ahmad Hasbullah Alias (BN-Kubu Gajah) dalam Sidang DUN pada Rabu.

Zahir berkata, kerajaan negeri telah menetapkan konsep Pembangunan Semula Pekan-Pekan Kecil yang berfungsi sebagai pusat komuniti dan interaksi penduduk setempat.

"Tiga komponen utama iaitu kedai desa, gerai desa dan dataran...konsep ini dilaksanakan sebagai pemangkin untuk merangsang pembangunan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar," ujarnya.

Selain itu, beberapa jenis perniagaan dan perkhidmatan boleh disediakan seperti Pejabat Pos Mini, Pejabat ADUN kawasan, Pasar Awam dan keperluan setempat bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi.


103 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page