top of page
  • muinsapidin

Penempatan Semula 41 Petani Bio Valley  Selesai

IPOH: Proses penempatan semula 41 petani dan penternak di kawasan seluas 500 ekar Bio Valley akan dilaksanakan selepas proses pengeluaran pasir silika dan kerja-kerja meratakan tanah selesai dijalankan oleh pihak Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) pada 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamed berkata, setelah proses itu selesai, pihak Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) akan memulakan kerja-kerja penanaman kelapa sawit pada Mac 2017.

Menurut beliau, setiap peneroka akan diberimilik tiga ekar tanaman kelapa sawit.

“Para petani dan penternak yang terbabit telah dimaklumkan mengenai cadangan penyelesaian melalui beberapa siri mesyuarat dan perbincangan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.

“Para petani turut bersetuju dengan cadangan penyelesaian tersebut,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zainun Mat Nor (BN – Chenderoh) ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu.

Kepada soalan tambahan wakil yang sama, Saarani berkata, cara penyelesaian yang dibuat itu tidak bermaka membenarkan kegiatan penerokaan haram.

Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan negeri sedia berbincang dengan pihak terlibat jika ada keadaan menang-memang bagi kedua-dua belah pihak.


26 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page