IPOH: Pengkalan Hulu berpotensi sebagai kawasan kluster Durian Klon yang pertama di negeri Perak.
Sehubungan itu, Aznel Ibrahim (BN - Pengkalan Hulu), Ngeh Kor Ming meminta Jabatan Pertanian negeri supaya memberi perhatian sewajarnya bagi memenuhi hasrat itu.
"Di Kampung Tasek dan Kampung Klian Intan misalnya, terdapat usaha tanaman Durian Klon oleh beberapa kumpulan individu yang telah berjaya mengeluarkan hasil," ujar Aznel semasa berucap di sesi perbahasan di Sidang DUN pada Rabu.
Bagaimanapun katanya, para pekebun yang terlibat masih lagi menantikan kelulusan kerajaan negeri bagi mendapatkan hak milik ke atas tanah yang telah diusahakan dengan penanaman Durian Klon.
"Saya memohon agar kerajaan negeri dapat membantu pekebun-pekebun ini dalam usaha mendapatkan pemilikan hak milik di kawasan itu," ujarnya.
Tambahnya, Pengkalan Hulu merupakan kawasan pengeluaran Durian Klon yang bermutu tinggi seperti Raja Kunyit (Klon D197) dan Duri Hitam (Klon D200).
Buah-buahan ini juga, ujarnya mtelah memasuki pasaran Singapura, Pahang dan Pulau Pinang justeru membantu pekebun tanaman ini memperoleh pendapatan lebih tinggi.