top of page
  • muinsapidin

Tidak Akan Bina Susur Keluar Ke Bandar Kampar

IPOH: Cadangan menyediakan jalan susur dari Kampung Tersusun Batu Karang ke Bandar Kampar tidak akan dilaksanakan kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, ia kerana telah terdapat simpang penuh (full junction) kira-kira 500 meter berdekatan kampung itu daripada tempat yang dicadangkan.

Menurutnya, laluan tersebut adalah jalana utama yang mempunyai aliran tarfik yang tinggi dan pembukaan simpang pada jarak yang kurang daripada 500 meter adalah tidak dibenarkan.

"Sekiranya persimpangan itu diwujudkan juga, ia akan menganggu aliran trafik dan pengguna akan terdedah kepada kemalangan kerana terdapat banyak titik perlanggaran," katanya ketika menjawab soalan lisan Chen Fook Chye (DAP - Keranji) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 Perak pada Selasa.

Bagaimanapun, kata Zainol, bagi kemudahan penduduk Kampung Batu Karang, pihak Majlis Daerah Kampar telah bersetuju untuk mengambil tindakan jangka masa pendek iaitu menaiktaraf jalan laluan khidmat (service road) tersedia di kawasan berkenaan.

"Laluan khidmat itu ketika ini hanya sesuai untuk kegunaan kenderaan ringan dan kecil, jadi kerja naiktaraf ini akan membolehkan kenderaan sederhana ringan juga melaluinya.

"Ianya akan membolehkan penduduk kampung melalui jalan itu untuk ke persimpangan Kampung Tersusun Batu Karang bagi membelok ke kanan keluar ke Bandar Kampar," jelasnya,


27 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page