top of page
  • muinsapidin

RM91.9j Pastikan Bekalan Air Terbaik Untuk Rakyat

IPOH: Dalam usaha untuk memastikan bekalan air terawat di Perak sentiasa dalam keadaan terbaik, kerajaan negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) telah memperuntukan sejumlah RM91.9juta bagi tahun 2017.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, peruntukan yang disediakan dalam pembentangan Bajet 2017 itu, khusus untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang dirancang.

Menurut beliau, sepanjang tahun 2016, projek-projek utama telah dilaksanakan meliputi membaik pulih dan merawat loji, pengalihan paip utama dan pelbagai lagi.

“Perancangan tahun 2017 pula telah dirangka secara komprehensif bagi mendepani persekitaran ekonomi dan pembangunan yang semakin mencabar, peruntukan ini bertujuan bagi pelaksanaan projek-prohek pembangunan berkenaan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 Perak ketika Sidang Dewan Undangan Negeri ke-13, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk meneruskan bantuan bekala air percuma bagi 20 meter padu sebulan kepada mereka yang layak.

“Bantuan subsidi ini telah dilaksanakan sepanjang sembilan tahun dengan kos RM7.59 juta, dan 11,371 buah keluarga telah menikmati manfaat bantuan ini sehingga September 2016,” ujarnya.


16 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page