top of page
  • muinsapidin

RM6 Juta Untuk YBU Upaya Ekonomi Rakyat

IPOH: Peruntukan sebanyak RM 6 juta disediakan untuk mengupayaan ekonomi rakyat melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU).

Agihan peruntukan itu meliputi Program Mikro Kredit (RM4 juta), Program Mikro Kredit Belia Amanjaya (RM1juta) dan Kiosk Amanjaya (RM1 juta).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kesemua program itu berbentuk human-centric (berteraskan keinsanan) kepada golongan yang berkelayakan.

“Sejak ia diperkenalkan pada 2010 sehingga Oktober 2016, seramai 4,505 orang peminjam telah mendapat langsung daripada kemudahan mikro kredit, manakala 692 telah menerima bantuan Kiosk Amanjaya bagi tempoh 2014 sehingga Oktober 2016,” katanya semasa membentangkan Bajet 2017 dalam Sidang DUN pada Selasa.

Dr Zambry berkata, kerajaan negeri turut memantapkan sektor pentadbiran dan pengurusan dengan memastikan Perkhidmatan Awam sentiasa efisien.

Beliau menjelaskan, pengujudan jabatan dan daerah baru juga dilaksanakan agar penyampaian kerajaan sentiasa mendahulukan keperluan rakyat.


54 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page