top of page
  • muinsapidin

Projek Sambungan Paip Gas Asli Dimulakan Tahun Hadapan

IPOH: Projek sambungan paip gas asli dari Ayer Tawar di Manjung ke Lembah Kinta yang menelan belanja RM180 juta bagi merancakkan lagi sektor perindustrian di ngeri ini, akan dimulakan awal tahun hadapan.

Projek itu dibiayai melalui kerjasama tiga pihak iaitu, kerajaan Persekutuan dengan peruntukkan RM50 juta, kerajaan negeri RM10 juta, dan Syarikat Gas Malaysia RM120 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) itu dijangka mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan.

“Sebagai komitmen awal kerajaan negeri, sejumlah RM5 juta daripada RM10 juta peruntukan negeri telah pun disediakan bagi maksud tersebut,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 di Sidang DUN pada Selasa.

Dr Zambry berharap, dengan pelaksanaan projek ini, ia akan menarik lebih banyak lagi pelaburan ke negeri Perak.

Selain kemudahan infrastruktur, ujarnya, sebagai insentif bagi menarik lebih ramai pelabur, kerajaan negeri menawarkan remisyen sebanyak 25 peratus daripada kadar premium yang dikenakan bagi maksud pelupusan tanah kerajaan atau tukar syarat tanah bagi tujuan pembangunan industri dan perumahan.

Beliau memberitahu, insentif itu akan dilaksanakan bagi tempoh dua tahun bermula Januari 2017 sehingga Disember 2018.


32 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page