top of page
  • muinsapidin

Perak Tertinggi Kekal Peratusan Hutan Simpan

IPOH: Perak merupakan negeri yang berjaya mengekalkan peratusan Hutan Simpanan Kekal (HSK) tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, sehingga 30 September 2016, seluas satu juta hektar atau 97.63 peratus diwartakan sebagai HSK.

Beliau berkata, sebanyak RM6 juta disediakan oleh kerajaan negeri bagi tahun 2017 bagi merancakkan pembangunan perhutanan.

“Jumlah ini meliputi pengurusan sumber hutan, hutan masyarakat, pembangunan hutan asli, eko-pelancongan dan hutan lipur, pengurusan sumber bukan kayu serta infrasruktur dan kemudahan,” katanya semasa membentangkan Bajet 2017 di Sidang DUN pada Selasa.

Dalam pada itu, kata beliau, menerusi sektor pertanian pula, sejumlah RM 6.6 juta disediakan bagi meningkatkan pengeluaran hasil sektor tersebut.

Menurut beliau, peruntukan itu adalah sebagai tambahan kepada peruntukan kerajaan Persekutua, khususnya bagi program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan.

“Diharapkan, perancangan dan usaha ini bukan sahaja dapat menjamin bekalan makanan, tetapi turut membangunkan masyarakat tani dan usahawan,” kata beliau.


17 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page