top of page
  • muinsapidin

Perak Aktifkan Semula MTEN

IPOH: Perak menggerakkan kembali Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) sebagai badan penasihat bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi di masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada majlis itu sebagai `rolling plan’ dengan fokus kepada pembangunan perumahan rakyat, kawasan perindustrian, menangani kos sara hidup dan galakan pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Beliau menjelaskan, walaupun setiap sektor berkenaan telah mempunyai peruntukan masing-masing, tetapi peruntukan RM100 juta itu adalah sebagai tambahan untuk merancakkan lagi sektor berkenaan sekiranya diperlukan.

Beliau memberi contoh, walaupun sudah disediakan bajet untuk perumahan rakyat, tetapi ia untuk merancakkan lagi pembinaan rumah-rumah untuk rakyat, khususnya rumah kos rendah.

“Kita tahu bagaimana rakyat perlukan rumah lebih banyak, lebih cepat, kita bina, maka kita letakkan buat satu tabung khas.

“Jadi tabung itu kita akan letakkan bagi kita menggunakannya… bukan hanya tertumpu kepada satu-satu tahun… ia boleh kita gerakkan.

“Mungkin tahun depan kita masukkan lagi supaya ada satu tabung khas lebihan yang boleh kita gunakan untuk tujuan pembangunan di negeri Perak kita,” katanya semasa sidang media selepas membentangkan Bajet 2017 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada Selasa.

Dr zambry menjelaskan, ekoran peruntukan kepada MTEN itu, angaran belanjawan defisit Perak agak besar.

Jika tidak mengambil kira caruman itu, ujar beliau, defisit belanjawan hanya sekitar RM29 juta sahaja, berbanding defisit RM49 juta dalam Bajet 2016.


100 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page