top of page
muinsapidin

Sekolah Berasrama Penuh Akan Dibina Di Manjung

LUMUT: Menteri Besar, Datuk Dr Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan berita gembira buat seluruh penduduk Manjung bahawa sebuah sekolah berasrama penuh akan dibina di daerah itu tidak lama lagi.

Katanya, dengan adanya sekolah berasrama penuh itu nanti, ia dapat memberi nafas baharu kepada pembangunan pendidikan di daerah Manjung.

``Sekolah berasrama penuh ini kita pilih untuk dibina tidak jauh dari kawasan ini,’’ katanya semasa berucap merasmikan Program Guru Bersama Masyarakat Guru Pembina Negara Bangsa di Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib, Segari pada Ahad.

Hadir sama Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dr Zambry berkata, dalam membina sebuah negara bangsa, para guru merupakan barisan paling hadapan yang bertanggungjawab untuk memastikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dimantapkan.

Beliau mencuit hati warga pendidik yang hadir apabila menceritakan kisah persekolahannya sejak kecil di Pulau Pangkor sehingga bercapai kejayaan, semuanya kerana jasa guru-gurunya.

``Saya tak pergi sekolah berasrama penuh..tidak mampu dan tidak cerdikpun saya, hanya pergi sekolah biasa, sekolah kampung tetapi atas jasa guru-guru inilah yang telah mencorak hidup saya menjadikan seorang manusia yang berjaya pada hari ini,’’ ujarnya.

Oleh itu, kata beliau, guru-guru perlu memberi fokus kepada usaha membangunkan bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berilmu, yang dapat terus membangunkan negara.


56 views0 comments
bottom of page