Sultan Nazrin Sertai Larian Hari Keputeraan Bersama 5,000 Rakyat
- muinsapidin
- Nov 13, 2016
- 1 min read
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyertai bersama kira-kira 5,000 rakyat di Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini pada Ahad.

Turut serta Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, anggota exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
Larian yang iadakan bersempena Hari Keputeraan baginda yang disambut pada 4 November lalu turut diserikan dengan kehadiran dua pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly serta Siti Noor Radiah Ismail yang meraih gangsa pada temasya itu.
Pada acara yang bermula jam 6.20 pagi itu, Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km dan 7km manakala peserta kategori tetamu kehormat yang melibatkan jarak 2km dilepaskan oleh adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.
Commenti