top of page

Giatmara Lahirkan 3,000 Mobilepreneur Tahun Hadapan

muinsapidin

IPOH: Giatmara akan melahirkan 3,000 usahawan bergerak melalui program Mobilepreneur tahun hadapan.

Pengerusinya, Datuk Azian Osman berkata, sebanyak RM30 juta peruntukan disediakan dalam Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menurut beliau, sebanyak RM10,000 peruntukan disediakan untuk setiap usahawan untuk pembelian motosikal, latihan dan peralatan.

"Mereka yang terpilih perlu mempunyai sijil kemahiran dalam eletrikal dan mekanikal, seperti penghawa dingin dan automotif di samping perkhidmatan seperti fisiotrafi dan refleksologi," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Technopreneur Perak 2016 di Dataran Angsana Mall di sini pada Ahad.

Upacara penutup disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan.

Azian berkata, program Mobilepreneur yang diperkenalkan sejak tahun lalu telah melahirkan 500 usahawan bergerak, termasuk 300 di bawah bimbingan Giatmara.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada peserta, pendapatan mereka meningkat kira-kira 50 peratus daripada biasa.

Bagi menambahkan lagi pendapatan mereka, ujarnya, pihak Giatmara akan membantu mempromosikan perkhidmatan mereka secara atas talian.


23 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page