IPOH: Perak akan menggubal Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 susulan terdapat kes salah guna dan pemalsuan yang dilaporkan kebelakangan ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, S. Thangasvari berkata rang undang-undang enakmen itu akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat DUN ke-13 yang bermula Selasa depan sehingga 21 Nov.
