top of page
  • muinsapidin

MBI Juara Piala FA PBI 2016

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) muncul juara Piala FA Persatuan Bolasepak Ipoh (PBI) 2016 selepas menundukkan SUK Perak 2 - 1 dalam perlawanan akhir di Stadium Perak di sini pada Jumaat.

Pemain jersi 23, Mohd Hanifuddin menjadi wira MBI apabila menjaringkan kedua- dua gol pasukannya pada minit ke - 42 dan 85

Manakala gol tunggal SUK Perak dijaringkan pemain berjersi 17, Nur Amzar Faizal pada minit ke - 89.

Perlawanan agak seimbang pada awal permainan apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Bagaimanapun ketumpulan di bahagian hadapan menyebabkan kedua-dua pihak gagal mencipta jaringan sehinggalah minit ke 42 apabila Mohd Hanifuddin berjaya memperolehi jaringan pertama.

Di separuh masa kedua, pemain-pemain MBI memperhebatkan serangan untuk mencari gol kedua tetapi kecekapan penjaga gol lawan membantutkan usaha mereka.

Mohd Hanifuddin menggunakan sebaik mungkin peluang untuk menggegar gawang lawan pada minit ke - 85, sebelum Nur Amzar menjaringkan gol saguhati untuk pasukannya.

Hadiah-hadiah disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Hadir sama Timbalan Presiden PAFA, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.


60 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page