Penduduk terkejut ratusan ikan timbul sepanjang Sungai Bernam
- muinsapidin
- Nov 11, 2016
- 1 min read
Slim River: Kejadian ratusan ekor ikan mati dikenal pasti berpunca daripada pencemaran Sungai Bernam pada Khamis.
Ia memberi kesan sepanjang sungai itu sehingga ke sungai berhampiran Kampung Sri Keledang yang terletak sejauh kira-kira 30 kilometer dari Logi Air Sungai Selisik,dekat sini.

Penduduk kampung itu terkejut dengan ratusan ekor ikan timbul di permukaan sungai terutama ikan yang bersaiz besar iaitu baung, kelabau dan tapah merupakan species ikan yang banyak menghuni sungai itu.
Penduduk, Mohd Hamzah Halim,28, berikutan ikan timbul di sungai berhampiran kampung menyebabkan ramai penduduk ke sungai untuk menangkap ikan yang masih hidup dan timbul di permukaan sungai.
Beliau berkata melihat keadaan itu maka tidak melepaskan peluang untuk menangkap ikan baung seberat lima kilogram sebanyak tiga ekor dan rakan yang lain turut memperolehi ikan yang bersaiz besar di sungai itu.
1. Hamzah menunjukkan ikan baung seberat lima kilogram yang beliau perolehi di Sungai Bernam.










Comments