top of page
muinsapidin

Kelindan Lori Bunuh Abang Didakwa Dimahkamah

KUALA KANGSAR: Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini (Khamis) atas tuduhan membunuh abang kandungnya pada Oktober lalu. Tertuduh, K. Sritharan, 39, didakwa membunuh K. Gopal, 42, di sebuah rumah yang beralamat di No. 35, Jalan 3, Taman Sri Permai, Padang Rengas dekat sini, kira-kira 9.30 malam, 29 Okt lalu.

Sritharan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna oren mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Tamil tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan. Majistret Noorhidayah Mohd Saad tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Dis ini, untuk menunggu laporan bedah siasat, kimia dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA). Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 29 Okt lalu, mangsa maut akibat kecederaan di tengkuk dan kening selepas terkena serpihan kaca pinggan yang dibaling tertuduh setelah berlaku perang mulut.


46 views0 comments
bottom of page