top of page
muinsapidin

Sorok Minyak Masak 210 Kilogram, Peniaga Berdepan Denda RM1 Juta

TAIPING:Seorang peniaga berhadapan dengan hukuman denda maksima RM1 juta atas tuduhan menyorok minyak masak 210 kilogram.

Kan Bak Nguong @ Khor Bak Nguong, 65, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Dia dibenarkan diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu sebutan semula kes pada 25 Disember depan.

Bak Nguong dituduh menyorok barangan kawalan berjadual itu dengan tujuan menahannya daripada dijual di pasaran.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Pembelian Shen Yee 26, 28, Persiaran Perwira, Pusat Bandar Parit Buntar pada 28 Oktober 2016 lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh didenda maksima RM1 juta atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


63 views0 comments
bottom of page