top of page
muinsapidin

LAP Akan Perkenal Teknologi Canggih Atasi Paip Bocor

IPOH: Perak akan memperkenalkan satu teknologi lebih canggih yang mampu menurunkan lagi peratusan Air Tidak Terhasil (NRW) yang ketika ini pada tahap 30.1 peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, antara kelebihan teknologi baru itu nanti ia boleh mengesan punca NRW sekaligus dapat membantu tindakan tegas dikenakan terhadap pihak-pihak yang mencuri air.

Menurutnya, LAP mendapati daripada lebih 13,000 kilometer (km) paip air yang berada dalam negeri ini, lebih kurang 3,000 km dalam keadaan bermasalahan dan menyebabkan kehilangan hasil.

“Walaupun tahun lalu ianya berada di tahap 30.3 peratus dan tahun ini kita berjaya kurangkan kepada 30.1 peratus, namun kita masih lagi mensasarkan untuk turunkan peratusan kehilangan air,” katanya pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengarah serta ahli lembaga Lembaga Air Perak (LAP) di sini pada Isnin.

Dr Zambry memberitahu, antara faktor utama penyumbang kepada NRW itu adalah disebabkan geografi atau kedudukan negeri Perak.

“Ianya bukanlah disebabkan curi air sahaja tetapi kerana geografi kita mempunyai kawasan-kawasan di luar pedalaman yang terpaksa melintasi bukit bukau dan sebagainya, jadi ini menyukarkan kita mengesan kebocoran dan sebagainya.

“Jadi kita harapkan dengan adanya peralatan yang lebih canggih nanti, kita boleh pastikan masalah kebocoran paip-paip ini dapat diselesaikan,” ujarnya.


50 views0 comments
bottom of page