top of page
muinsapidin

Kedai barang sembahyang jadi tempat sorok minyak

SUNGAI SIPUT 7 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 3,000 kilogram minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah kedai menjual peralatan sembahyang di Taman Jalong, di sini hari ini.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK negeri, Ahmad Ahrazuddin Ahmad Hamdan berkata, minyak masak bernilai RM14,000 itu dirampas selepas premis berkenaan juga didapati menyimpan stok melebihi had lesen runcit yang dibenarkan. "Lesen runcit yang dibenarkan kepada premis ini untuk menyimpan minyak masak adalah sebanyak 500 kilogram sahaja dan jumlah rampasan yang diperolehi pula melebihi had yang ditetapkan. "Ini bermakna premis ini telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan, " katanya dalam sidang akhbar pada petang tadi.


230 views0 comments
bottom of page