top of page
  • muinsapidin

Pakatan Mahu Dasar Terbuka Tanah Rizab Melayu Jika Menang PRU-14

IPOH: Pakatan Harapan Perak akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pusat untuk melaksanakan dasar terbuka tanah rizab Melayu sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, menerusi pelaksanaan dasar itu, pemilik-pemilik tanah Melayu boleh memajak tanah mereka kepada mana-mana pihak mengikut kemahuan mereka sehingga pajakan selama 99 tahun.

Katanya, pelaksanaan dasar terbuka tanah rizab Melayu ini merupakan salah satu daripada 22 cadangan yang beliau bangkitkan dan akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan Pusat untuk diberi pertimbangan. "A‎pabila dasar terbuka ini dilaksanakan nanti pemilik tanah Melayu boleh memajak tanah mereka kepada mana-mana pihak untuk membawa pembangunan dan akhirnya yang akan menikmati imbuhan atau keuntungan adalah pemilik tanah Melayu itu sendiri .’’ Katanya. Nga Kor Ming membangkitkan cadangan dasar terbuka tanah rizab Melayu itu semasa berucap di Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Perak 2016 di Hotel RITZ Garden Ipoh pada Ahad. Hadir sama di Konvensyen itu Pengerusi Keadilan Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengerusi Amanah Perak, Hasmuni Awi. Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata dasar terbuka tanah rezab itu antara perkara yang akan dilaksanakan apabila Pakatan mengambil alih kuasa daripada BN selepas PRU-14.

Beliau berkata perubahan perlu dibuat kerana dasar pentadbiran BN telah memiskinkan orang Melayu berikutan pelbagai sekatan yang dikenakan terhadap pemilik tanah Melayu.

Beliau juga membangkitkan cadangan Akta Anti Lompat parti di konvensyen itu yang menurutnya demi membela sistem demokrasi. "‎Cadangan kita menerusi akta itu mana-mana wakil yang telah dipilih jika dia lompat parti maka pada pilihan raya kecil harus diadakan dalam tempoh enam puluh hari.

"Wakil yang melompat parti pula dibenarkan bertanding tengok sama ada rakyat masih mahu dia lagikah jika mahu tak apalah itu terpulang keapda rakyat.’’ Katanya. ‎Menurut Kor Ming, akta itu perlu diadakan bagi mencegah politik budaya `katak’ di negara ini dan menghormati mandat rakyat.


39 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page