top of page
muinsapidin

Pihak Mendakwa Negara Dijual Tidak Punyai Prinsip

IPOH: Rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak yang menyebarkan cerita kononnya negara sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai RM140 bilion semasa lawatan seminggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China baru-baru ini adalah tidak benar. Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas berkata, sebenarnya pihak yang menyebarkan cerita itu cuba mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran yang salah berhubung isu lawatan Perdana Menteri ke China baru-baru ini.

Menurut beliau, pihak yang menyebar cerita ini sebenarnya langsung tidak mempunyai prinsip kerana mereka tidak berjuang untuk membela rakyat tetapi untuk merebut jawatan dan kuasa. "‎Ketika pemimpin kita keluar mengadakan lawatan ke China untuk menarik pelabur bagi meningkatkan kedudukan ekonomi negara malangnya ada pihak pula yang menyebar cerita kononnya negara sedang dijual. "Ini satu anggapan yang salah dan mesej yang diberi kepada rakyat adalah lain daripada apa yang sebenarnya berlaku,’’ katanya. Kayveas berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Deepavali anjuran MyPPP negeri perak di Dewan Serbaguna Buntong pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyelar pihak yang menyebar cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai RM140 bilion yang ditandatangani dengan China semasa lawatan seminggu beliau ke negara itu. Sambil mengecam tindakan pihak berkenaan, Kayveas berkata beliau yakin rakyat dapat menilai niat sebenar pihak yang menyebar fitnah itu untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara.


19 views0 comments
bottom of page