IPOH: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed, 43, dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baharu berkuatkuasa 1 November lalu.
Beliau menggantikan Hairul Anwar Mohamed Noor yang meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi.
Shahril yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Parit sejak 2008 juga adalah Naib Ketua Pemuda UMNO negeri sejak 2013.
Ketika dihubungi pada Khamis, beliau menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab yang berat.
"Saya mengharapkan sokongan, bimbingan dan nasihat, insya Allah saya akan buat yang terbaik," katanya.