top of page
muinsapidin

KPDNKK Perak Rampas 323 Kilogram Minyak Masak

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 323 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM1,060 dari sebuah premis pembungkus di kawasan perindustrian ringan Jelapang Maju, petang semalam setelah didapati menggunakan tong terpakai.

Menurut Timbalan Pengarah KPDNKK Perak, Suhaimi Mat Sari, dalam serbuan pada jam 2 petang itu, sepasukan pegawai penguatkuasa KPDNKK turut menahan tiga lelaki berusia lingkungan 50-an, termasuk pemilik premis berkenaan untuk membantu siasatan.

“Bagi kami, kuantiti yang disita tidaklah penting tetapi yang penting mereka melakukan satu kesalahan serius kerana menggunakan tong kitar semula yang melibatkan perkara berkaitan halal sesuatu produk dan kepentingan pengguna,” katanya kepada pemberita di pejabat KPDNKK, Ipoh pada Khamis.

Beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta bagi perseorangan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat pula boleh didenda RM3 juta.

Mengenai aduan pengguna berhubung kenaikkan harga melampau minyak masak, Suhaimi berkata, sehingga Rabu, pihaknya sudah menerima 10 aduan mengani perkara itu yang dikatakan berlaku di beberapa kedai runcit dan pasaraya.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati kenaikan itu melampau dan membebankan pengguna,” ujarnya.

Menurut Suhaimi, sekiranya siasatan mendapati kenaikkan itu melampau, peniaga yang terbabit akan didakwa mengikut mengikut Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011.


62 views0 comments
bottom of page