IPOH: Gara-gara menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, seorang pemuda Orang Asli putus tangan kanan selepas terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 64, Jalan Besar Brincang, Cameron Highlands malam tadi (Isnin).
Menurut Polis, penungang motosikal tersebut yang dikenali sebagai Sharil A/L Yusof dari Kampung Sungai Rui, Tanah Rata dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, katanya, pemandu lori yang dikenali sebagai Chandran Shanmugam tidak mengalami kecederaan.
Berdasarkan siasatan polis, kira-kira jam 8.00 malam, mangsa dipercayai menunggang dalam keadaan mabuk dari Berincang menghala ke Tanah Rata cuba memotong kenderaan lain tetapi tidak berjaya sebelum terlanggar sebuah lori dari laluan yang sama.