top of page
muinsapidin

Disangka sampah, rupanya mayat

SITIAWAN: Penduduk di sekitar perumahan Taman Limau, di sini gempar dengan penemuan sekujur tubuh mayat lelaki di dalam longkang berhampiran kediaman mereka. Mayat Tan Swee Chuan,67, dijumpai orang awam pada 9.30 pagi dalam longkang di lorong 5 taman perumahan itu.

Mereka pada mulanya menyangka mayat itu adalah sampah. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata orang ramai kemudiannya menghubungi polis setelah menyedari ianya adalah mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian. "Hasil pemeriksaan awal forensik mendapati terdapat kesan luka di kening sebelah kiri mangsa disyaki akibat terjatuh dan terkena bucu longkang. "Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian,"katanya.‎ Menurutnya, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi tujuan bedah siasat. Ditanya mengenai kebarangkalian penglibatan dadah dan alkohol, Tengku Mohd Zailan berkata pihaknya buat masa ini masih cuba menyiasat mengenai punca kematian tersebut.


128 views0 comments
bottom of page