top of page

Tukang masak diperintah bela diri kelar, bunuh pelajar UiTM

muinsapidin

TAIPING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang tukang masak untuk membela diri atas pertuduhan membunuh dengan mengelar seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes berkenaan terhadap tertuduh, Syarafi Abu, 26.

Dia dituduh membunuh Nur Syuhada Johari, 20, di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, pada jam 11.55 pagi, 2 Februari tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Mahkamah menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan kes dengan tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh di diwakili peguam, Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.‎


133 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page