top of page
muinsapidin

Pencuri panik, gagal larikan wang ATM

KAMPAR: Panik dengan ‎ kehadiran sebuah kereta peronda polis (MPV), empat lelaki gagal melarikan wang walaupun berjaya memecahkan mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah pasar raya awal pagi Ahad.

Dalam kejadian sekitar 3.30 pagi Ahad itu, sekumpulan empat orang lelaki bersenjatakan parang dan memakai topeng muka mengepung dan menggugut tiga pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan di hadapan pintu masuk pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata suspek kemudiannya mengikat tangan kesemua pengawal menggunakan tali serta wayar kabel dan mengurung mereka dalam tandas lelaki. "Siasatan awal mendapati terdapat dua tong gas jenis oxy acetelyne berwarna hitam dan coklat, mesin gerudi serta beberapa peralatan sepana di lokasi kejadian dipercayai digunakan untuk kejadian pecah mesin ini. "Namun, cubaan kesemua suspek menggunakan taktik gas oxy itu tidak berjaya ‎melarikan wang di dalam mesin ATM.

Mereka panik lalu melarikan diri sebaik sahaja ternampak kenderaan MPV yang melakukan rondaan mereka awal pagi Ahad,"katanya.

Jelasnya, kesemua empat suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan laluan cermin yang dipecahkan mereka di pintu masuk kedua ketika memasuki pasarata berkenaan. Kong Soon berkata tiada saksi bagi insiden berkenaan dan pihaknya telah mengarahkan Unit Forensik IPK Perak dan Unit K9 untuk membantu siasatan lanjut dalam kes berkenaan. "Kesemua pengawal keselamatan berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan daripada pekerja pasaraya yang datang bekerja sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampar. "Mereka mengalami kecederaan calar dipergelangan tangan akibat diikat dan telah mendapat rawatan di Hospital Kampar,"ujarnya lagi.


24 views0 comments
bottom of page