BATU GAJAH: Mayat seorang wanita yang tidak dikenali ditemui terapung berhampiran jambatan Sungai Kinta, di sini pada petang Sabtu.
Difahamkan, mangsa tersebut telah meninggal dunia selama 4 hingga 5 hari berdasarkan keadaan fizikal mayat yang telah mereput dan berbau busuk.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Pemangku Penyelia Penguasa Bomba Mustaza Shafri berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 6.10 petang Sabtu dan bergegas ke tempat kejadian.
"Kami menggunakan alat pengapungan khas bagi prosedur turun ke sungai dan mengangkat mayat tersebut sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
"Berdasarkan pemerhatian awal kami mempercayai mayat tersebut telah meninggal dunia selama 4-5 hari kerana keadaan mayat yang reput dan berbau," katanya ketika dihubungi Suara Perak pada pagi Ahad.
Beliau memberitahu, operasi tamat sekitar pukul 7 malam.