top of page
muinsapidin

Laluan ETS Ipoh-Kampar kembali normal

Perkhidmatan tren eletrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Ipoh – Kampar kembali beroperasi seperti biasa sejak jam 4.20 petang tadi selepas insiden gerabak tergelincir di Batu Gajah pada Jumaat.

Terdahulu penumpang ETS yang mahu ke arah selatan perlu menaiki bas transit yang disediakan khas oleh KTMB dari stesen Ipoh ke setesen Kampar sejak Sabtu ekoran insiden berkenaan. Tinjauan Suara Perak di Stesen Keretapi Ipoh mendapati suasana telah kembali normal dan perkhidmatan disambung seperti biasa tanpa penggunaan bas transit berkenaan.

Pada awal pagi Jumaat sebuah keretapi barang KTMB bersama 41 gerabak yang dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh telah tergelincir selepas enjinnya mengalami kerosakan dan kebakaran kecil.


27 views0 comments
bottom of page