top of page
muinsapidin

Kanak-kanak Hilang di Jambatan Pulau Pinang Ditemui di Taiping

TAIPING: Kanak-kanak 11 tahun yang dilaporkan hilang setelah menumpang motosikal seorang lelaki India di Jambatan Pulau Pinang akhirnya ditemui di Taiping,Perak pada petang Sabtu.

Sebelum ini, Muzzafar Mohamad,11 dilaporkan hilang sejak pagi Jumaat setelah membonceng motosikal seorang lelaki yang berpura-pura menawarkan bantuan di Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui di perhentian bas Jalan Temenggung, di sini oleh orang awam sekitar 6.30 petang Sabtu yang kemudiannya membuat laporan polis.

"Kes ini bersangkut dengan laporan kehilangan kanak-kanak di Jelutong dan kami telah menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes ini.

"Buat masa ini, kami telah menghubungi Balai Polis Jelutong dan keluarga mangsa untuk mengambil mangsa di Balai Polis Taiping," katanya ketika dihubungi Suara Perak pada Sabtu.

Kanak-kanak malang yang berasal dari Kg Rawa, Georgetown itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari Seberang Perai menuju ke rumah mereka di Flat 100, Sungai Pinang di Pulau Pinang.

Difahamkan, ketika melalui jambatan Pulau Pinang, motosikal dinaiki mereka pancit dan terpaksa berhenti di tepi jalan sebelum seorang lelaki India yang menaiki motosikal berhenti dan menawarkan pertolongan untuk menumpangkan serta menghantar Muzafar ke rumah.

Bapa mangsa pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana meskipun tertinggal jauh ketika mengekori dari belakang kerana tayar pancit, lelaki India berkenaan tetap menunggunya dan berhenti di beberapa lokasi.

Namun ketika hampir tiba di rumah mereka, bapa mangsa tidak lagi melihat kelibat lelaki dan anaknya itu sehinggalah dia tiba di rumah.


189 views0 comments
bottom of page