top of page
muinsapidin

‎Anggota polis maut kemalangan

MANJUNG: Seorang anggota polis Balai Polis Segari, di sini maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori di Batu 3, Jalan Damar Laut-Segari pada malam Jumaat. Dalam kejadian sekitar 7.45 malam itu, Lans Koperal Mohamad Firdaus Baharum,29, mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang berasal dari Wang Tepus,Jitra, Kedah sedang dalam perjalanan dari Seri Manjung ke arah Segari sebelum terlibat dalam kemalangan berkenaan. "Mangsa ketika dalam perjalanan telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang berhenti di bahu jalan. "Akibat daripada impak rempuhan itu,mangsa yang bertugas di Balai Polis Segari itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,"katanya ketika dihubungi. Katanya, pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa telah menjalani bedah siasat pada pagi Sabtu di Unit Forensik Hospital Seri Manjung. Jamil berkata, jenazah arwah Mohd Firdaus akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah selepas solat Asar pada Sabtu. Difahamkan, mangsa yang mula bertugas di PDRM sejak 2008 meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia 2 tahun yang berada di kedah.


78 views0 comments
bottom of page