top of page
muinsapidin

Penumpang Kecewa KTMB Tiada Sistem Urus Penumpang

BATU GAJAH: Lebih 200 penumpang ETS yang terkandas di Stesen Keretapi Kampar melahirkan rasa kecewa dan marah kerana pihak KTMB tidak menyediakan pengangkutan yang mencukupi untuk membawa mereka ke Stesen Batu Gajah bagi meneruskan perjalanan pulang ke utara.

Rata-rata mereka yang dalam perjalanan pulang bercuti mendakwa terpaksa menunggu di stesen berkenaan lebih empat jam sejak pukul 10 pagi, untuk dibawa menaiki bas yang disediakan pihak KTMB ke Stesen Batu Gajah.

Menurut seorang penumpang ETS dari Kuala Lumpur, Philip Lim, dia amat kecewa kerana pihak berkenaan tidak prihatin tentang masalah yang dihadapi para penumpang yang terkandas.

“Perkara ini boleh diselesaikan sekiranya mereka menyediakan lebih banyak bas dan bukan hanya dua bas sehingga menyusahkan penumpang,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Seorang lagi penumpang, S Dinesh berkata, beliau amat kecewa kerana terpaksa menunggu lama dalam keadaan kelaparan kerana pengangkutan yang disediakan untuk mengangkut penumpang yang terkandas.

“Dua bas disediakan, mana mencukupi untuk membawa lebih 200 penumpang sedangkan penumpang dari Kuala Lumpur yang tiba di stesen ini kian bertambah,” ujarnya kesal.

Rasa marahnya turut dikongsi Badrul Hisham Osman yang cukup kecewa kerana kegagalan pihak KTMB menyediakan bas yang mencukupi menyebabkan ramai penumpang lambat tiba ke destinasi mereka.

“Saya berharap jadikanlah peristiwa ini sebagai satu iktibar agar tidak berulang lagi, demi kepentingan dan keselesaan penumpang,” katanya.


47 views0 comments
bottom of page