top of page
muinsapidin

12,000 Penumpang ETS Terkandas Insiden Tren Tergelincir

BATU GAJAH: Kira-kira 12,000 penumpang ETS yang membabitkan 40 jadual perjalanan di laluan utara dan selatan terkandas ekoran insiden tren kargo tergelincir di KM200.332 antara Kota Baru-Lahat di stesen Batu Gajah dekat sini awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Suprentenden Ng Kong Soon dalam kejadian kejadian pukul 3.15 pagi itu sebuah tren kargo dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek untuk mengambil muatan simen tiba-tiba tergelincir di kilometer berkenaan.

Katanya, dua lokomotif dan 25 gerabak kosong telah tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

“Ini menyebabkan semua tren yang melalui laluan ini telah terhalang dan penumpang yang menggunakan beberapa perkhidmatan tren dari Kampar-Ipoh-Kampar akan dipindahkan menggunakan bas,” katanya kepada pemberita di Stesen KTMB Batu Gajah pada Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya pemandu lokomotif itu mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Daerah Batu Gajah manakalan pembantunnya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu Ketua Kominikasi Koporat KTMB, Ridhwan Arshad berkata, susulan insiden itu, pihak KTMB menyediakan perkhidmatan bas dua hala untuk penumpang yang terkandas dari Batu Gajah ke Kampar dan sebaliknya.

Katanya, kerja-kerja pembaikan semula landasan keretapi akan mengambil masa selama 48 jam dan dijangka pulih semula Isnin ini.

"Pihak KTMB memohon maaf atas insiden itu dan akan maklumkan sebarang maklumat terkini dari semasa kepada orang ramai sehingga keadaan pulih sedia kala,’’ katanya.


86 views0 comments
bottom of page