SLIM RIVER: Dalam mencapai hasrat membantu golongan keterbawahan di negeri Perak, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) sekali lagi tampil memberikan bantuan rumah Infra Bina Upaya (IBU) kepada sebuah keluarga India di Kampung Baru Pekan Trolak, dekat sini, pada Khamis.
Krishnan a/l Goval, menerima bantuan rumah itu bagi menggantikan rumah asal yang terbakar pada bulan Jun yang lalu.
Kos pembinaan rumah tersebut yang berharga RM 40,000 hanya mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dan bersedia untuk didiami.
ADUN kawasan Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, bantuan itu bukanlah yang pertama seumpamanya di kawasan berkenaan dan ia juga diperolehi secara percuma.
Keluarga berkenaan turut menerima bantuan kotak makanan daripada pihak YBU. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi YBU, Hairul Anwar Mohammed Noor.
Penyerahan kunci rumah tersebut bakal menceriakan keluarga tersebut sempena kedatangan perayaan Deepavali yang bakal menjelang pada Sabtu.