top of page
muinsapidin

Pelajar Tingkatan Dua Maut Kemalangan

Pelajar Tingkatan Dua maut selepas motosikal dipandu terbabas di kilometer 3.0 Jalan Changkat Jering, Air Kuning, Taiping pada pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Danial Syakirin Adrus Saiadi, 14, maut ditempat kejadian kecederaan serius.

Beliau berkata mangsa yang beralamat di Taman Kaya, Taiping itu patah leher akibat kemalangan tersebut.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dari arah Air Kuning menghala ke Taman Pengkalan Aur Damai dipercayai terbabas.

“Sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai terbabas sendiri kerana terlanggar pembahagi jalan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.


49 views0 comments
bottom of page