top of page
muinsapidin

Hari Keputeraan Sultan Perak Pada 4 November

IPOH: Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Muhibbuddin Shah bagi tahun 2016 diisytiharkan pada hari Jumaat, 4 November depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dalam satu kenyataan memberitahu, ia selaras denga titah Sultan Perak dan persetujuan Majlis Mesyuarat Dewan Negara kali ke-164 yang bersidang pada 20 November 2015.

Menurut beliau, berdasarkan kepada perkara itu, tarikh perayaan ulangtahun baginda mulai tahun 2016 dan tahun-tahun seterusnya hendaklah diraikan pada Jumaat minggu pertama bulan November.

“Perkara ini telah diambil tindakan semasa pewartaan Hari-Hari Kelepasan Am Negeri Perak bagi tahun 2016 melalui pemberitahuan Warta Kerajaan No. 3653 bertarikh 31 Disember 2015,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.


92 views0 comments
bottom of page