top of page
muinsapidin

Al-Yashir wakili Perak ke Persidangan Belia Asean-Rusia

Ahli Parlimen Belia Perak Al-Yashir Yahaya telah dipilih mengetuai delegasi Malaysia seramai lima orang ke Persidangan Belia Asean-Russia di Siem Reap, Kemboja.

Al-Yashir berkata persidangan kali ke-4 bermula 24 sehingga 27 Oktober itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan diplomasi belia di antara negara-negara ASEAN dan Rusia.

“Tahun ini juga adalah tahun yang penting buat ASEAN dan Russia kerana ia telah menandakan tahun ke-20 Russia menjadi rakan dialog bersama ASEAN.

“Persidangan selama empat hari sejak Isnin lalu juga merupakan suatu deklarasi bagi negara anggota iaitu Asean mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai Russia bagi menjalin satu hubungan kerjasama.

Kerjasama yang diperlukan adalah dalam bidang penukaran maklumat, budaya serta pengukuhan sektor pelancongan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Dalam persidangan itu, Ahli Parlimen Belia Perak itu juga telah diberi peluang untuk menjadi moderator bagi forum peranan belia dalam perhubungan yang mendalam bersama ASEAN dan Russia yang melibatkan kesemua wakil negara-negara terlibat.

Turut hadir pada persidangan itu Duta Besar Kementerian Luar Russia, Alexander Ivanov.


114 views0 comments
bottom of page