IPOH: Seramai 24 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Precious Gift Home, Ipoh menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali.
ADUN Belia Perak, R.Nanthakumar berkata, sumbangan tersebut merupakan usaha beliau untuk memberi keceriaan dan kegembiran kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Menurut beliau, sumbangan itu juga untuk menggambarkan bahawa golongan kurang bernasib baik perlu diberi perhatian supaya mereka tidak merasa tersisih.
“Ini merupakan program peribadi saya untuk memastikan anak-anak yatim ini juga dapat merasai suasana perayaan Deepavali,” katanya ketika ditemui pada malam Rabu.
Antara sumbangan yang diberikan adalah biskut raya, murukku serta pelbagai aneka juadah di samping duit raya.
Salah seorang penerima, R. Thangasamy, 14, berkata, dia amat gembira dan berterima kasih dengan sumbangan tersebut.
“Seronok bila orang datang sini dan beri sumbangan termasuk duit raya..boleh saya gunakan duit itu untuk beli buku cerita yang dah lama saya nak beli,” ujarnya gembira.