top of page
  • muinsapidin

303 terima darjah kebesaran, bintang

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016 kepada 303 penerima bersempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara di sini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan Datuk Mohamad Dolmat yang menerima darjah Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran 'Datuk' mengetuai senarai para penerima itu.

Turut dikurniakan PJN ialah Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Zainal Ariffin Azizi, Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Arahe Solutions Sdn Bhd Datuk See To Chong dan Anggota Lembaga Disiplin MCA Bahagian Labis Datuk Tan Kok Hong.

Naib Presiden HUMANITI Malaysia Datuk Mohammad Tahir Rahat Khan, Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Datuk Teo Kwan Chin dan bekas Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor Allahyarhamah Datuk Fatimah Sulaiman turut dikurniakan PJN.

Seri Paduka juga berkenan mengurniakan darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab, Pengerusi Majlis UMNO Cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Muhammad Hussin dan Ketua Perunding Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Wan Mohd Rosdi Wan Dolah.

Sebanyak 10 individu pula dikurniakan darjah Johan Setia Mahkota (JSM), seorang menerima darjah Johan Setia Diraja (JSD) dan 37 individu menerima darjah Kesatria Mangku Negara (KMN).

Seramai 85 orang menerima Ahli Mangku Negara (AMN) termasuk atlet Pandelela Rinong Pamg dan Mohd Azizulhasni Awang sementara 159 individu menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN).

Pandelela, penerjun negara, memenangi pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita manakala Azizulhasni memenangi pingat gangsa acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro pada Ogos lepas. - Bernama


53 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page