top of page
muinsapidin

OKU dikurung - Polis minta buat laporan

Pihak polis meminta mana-mana pihak yang terkilan dengan pendedahan portal ‘World of Buzz’ terhadap sebuah rumah kebajikan dekat Batu Gajah kononnya berlaku penderaan kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) diminta tampil membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata laporan itu membolehkan pihak polis melakukan siasaatan terhadap pihak pengurusan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah itu.

Beliau berkata siasatan juga boleh dilakukan terhadap invidivu atau pihak yang bertanggungjawab membuat pendedahan itu sekiranya terdapat laporan polis dibuat ke atas pihak berkenaan.

“Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan kita amat mengalu-alukan sekiranya terdapat orang yang rasa terkilan dengan kejadian ini datang membuat laporan,” katanya pada satu sidang media khas di Ipoh pada Selasa.

Tambah beliau pihak polis telah pun mengadakan tinjauan ke rumah kebajikan itu pada Ahad lalu.

“Kita telah buat laporan kita sendiri, kita pergi ke tempat yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu dan setakat ini kita tak nampak sebarang salah laku dibuat di rumah tersebut,” ujarnya.

Pada Ahad, seorang pengunjung rumah kebajikan kanak-kanak itu menviralkan gambar serta cerita melalui sebuah portal bernama "World of Buzz" kononnya pengendali tempat tersebut mengurung penghuninya seperti binatang di dalam kadang.

Namun selepas lawatan ke pusat jagaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Rusnah Kassim memberitahu ianya merupakan kompartmen untuk keselamatan penghuni.

“Ini bukan kandang kerana ia tidak tertutup penuh, tetapi lebih kepada kompartmen untuk keselamatan penghuni, pihak yang menviralkan ini seharusnya tahu membezakan antara kandang dan kompartmen” ujarnya dalam lawatan yang dibuat pada Isnin.


15 views0 comments
bottom of page