IPOH: Seorang warga emas antara tiga lelaki yang ditahan polis di Gopeng dan Malim Nawar pada pagi 21 oktober lalu kerana memiliki herion seberat 2710.55 gram bernilai RM40,658.25.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP Ravi Chandran berkata, suspek, seorang warga emas berumur 65 tahun yang juga pemandu teksi ditangkap di susur keluar plaza tol Gopeng pada jam 9.07 pagi selepas sepasukan polis yang membuat pemeriksaan menemui dadah itu di dalam teksi berkenaan.
Menurut beliau, susulan siasatan ke atas pemandu teksi itu, polis telah menahan dua lelaki berumur 43 dan 44 tahun di Malim Nawar pada hari yang sama.
Kesemua mereka kini ditahan reman tujuh hari sehingga 28 Oktober ini.
Katanya, kes di siasat di bawah seksyen 39b Akta Dadah Merbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati.
"Heroin yang dirampas boleh dibekalkan kepada 3,500 penagih di kawasan Kampar, Malim Nawar dan Gopeng,’’ katanya