top of page
muinsapidin

Pertandingan My Perak Green & Clean Campaign sempena TMP 2017

Bersempena Tahun Melawat Perak 2017 kerajaan negeri akan menganjurkan pertandingan “Celebrating Visit Perak Year 2017@ My Perak Green & Clean Campaign”.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pertandingan yang dianjurkan melalui Toruism Perak tersebut akan bermula 25 Oktober hingga 25 November.

“Pertandingan ini akan menekakan aspek keceriaan dan kebersihan, keindahan dan pelbagai aspek lain bagi tujuan meningkatkan tahap kesedaran dan memumpuk rasa tanggungjawab masyrakat negeri ini.

“Pertandingan ini bukan sahaja melibatkan agensi kerajaan malahan pihak swasta seperti hotel, produk pelancongan serta orang awam yang berminat,” katanya dalam satu sidang media khas di Ipoh pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Pengerusi Tourism Perak Management Berhad, Mohd Kamil Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Zuraida Md. Taib dan Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib.

Katanya lagi pertandingan tersebut merupakan promosi serta langkah permulaan dalam usaha mengekalkan peningkatan kedatangan pelancong domestik ke negeri ini.

“Pertadingan ini juga merupakan signifikasi terhadap kejayaan Ipoh yang telah diiktiraf antara 10 bandar yang perlu dilawati di Asia oleh majalah antarabangsa “Lonely Planets”,” ujarnya.

Menerangkan lebih lanjut mengenai format pertadingan itu, Nolee memberitahu tiga kategori akan dipertandingkan iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat swasta serta orang awam atau individu.

“Kita ada kategori PBT terbaik secara keseluruhan, PBT pelancongan Kreatif dan Inovatif, PBT Landskap Terbaik, PBT Kebersihan dan Keceriaan Terbaik dan PBT Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terbaik.

“Manakala untuk kategori swasta pula terdiri daripada pelbagai kategori yang melibatkan hotel dan tempat-tempat makanan.

“Borang bagi pertandingan kategori PBT dan pihak swasta tersebut boleh dimuat turun melalui Facebook Tourism Perak,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, bagi kategori orang awam yang dikenali sebagai ‘Best Story of Perak’, ia akan dilaksanakan dan dinilai melalui laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan blog.

“Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia, sekiranya mereka mahu menyertainya mereka hanya perlu meletakkan hashtag #Celebratingvisitperakyear2017 di setiap post yang dimuatnaik mereka.

“10 individu yang kita rasakan video, cerita atau gambar yang paling menarik mengenai Perak akan kita hadiahkan Ipad,” katanya.


66 views0 comments
bottom of page