top of page
muinsapidin

Bumbung baru buat Sallamah sambut Deepavali

ULU KINTA: Penantian 10 tahun seorang ibu tunggal, Sallamah Vythilingam, 77, untuk melihat bumbung rumahnya yang bocor teruk diperbaiki semula kini sudah berakhir. Sallamah kini boleh menarik nafas lega apabila masalah beliau mendapat perhatian dan pembelaan pihak Komando 69 Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta yang mula menjalankan kerja-kerja membaik pulih semula bumbung rumahnya hari ini. Sallamah menyifatkan bantuan yang diberikan oleh pihak PGA Ulu Kinta dengan kerjasama Ketua Kampung dan Pejabat ADUN Ulu Kinta sebagai `hadiah’ sempena menyambut hari Deepavali pada tahun ini.

"Saya merasa amat terharu kerana selama 10 tahun saya menanti dapat bumbung baru untuk ganti bumbung rosak dan bocor," katanya. Sallahmah, ibu kepada tiga orang anak lelaki kesemuanya sudah berkeluarga berkata demikian kepada pemberita di rumahnya di nombor 99, Lorong Bunga Saroja 3 Rancangan Perumahan Awam (RPA 2) Ulu Kinta pada Isnin. Menurut Sallamah, beliau menghadapi masalah besar apabila bumbung rumahnya rosak teruk dan bocor kerana dimamah masa menyebabkan air sering masuk ke dalam rumah setiap kali hujan turun dengan lebat. Beliau turut bimbang akan keselamatannya kerana papan dan siiling bumbung rumahnya semakin mereput dan boleh menyembah ke bumi pada bila bila masa terutama apabila berlaku kejadian ribut kencang. Warga emas itu yang tinggal sebatang kara di rumah berkenaan selepas kematian mendiang suaminya, S. Subramaniam, 72, akibat serangan jantung 9 tahun lalu kini menjalani kehidupan dengan menerima bantuan ikhlas daripada penduduk RPA2 dan wang BR1M.

Seorang anak lelakinya yang menjaganya juga meninggal dunia setelah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Sungai Siput pada tahun 1997.

Sementara itu, Komando 69 Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Bahari Ahmad berkata, enam anggota Komando 69 yang berkemahiran dalam pertukangan rumah telah ditugaskan untuk membaiki pulih semula bumbung rumah Sallamah yang menelan kos sebanyak RM10,000. ‎Menurut beliau, masalah yang dihadapi Sallamah mula dikesan oleh pihak Briged Pusat Latihan dan Komando 69 PGA Ulu Kkinta semasa mengadakan program Sinar Ramadhan pada 23 jun lalu dengan menyumbangkan bantuan makanan kepada fakir miskin di 13 buah rumah RPA2 Ulu kinta sempena menyambut Aidilfitri.


19 views0 comments
bottom of page