top of page
muinsapidin

Sidang Dewan Belia Perak Lulus 7 Usul

IPOH: Persidangan kedua Dewan Belia Perak yang berlangsung selama dua hari di Ipoh telah meluluskan tujuh usul yang dibentangkan.

Usul-usul itu diluluskan selepas 60 perwakilian seluruh negeri Perak membahasnya selama dua hari bermula Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, tujuh usul itu nanti akan dibawa ke peringkat seterusnya untuk diambil tindakan.

“Kita akan membawa usul-usul ini ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Exco-exco yang terlibat, peringkat jabatan-jabatan serta kementerian-kementerian yang berkenaan.

“Pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang ini juga, kesemua usul ini akan dibentangkan bagi menunjukkan ini lah apa yang belia Perak mahu kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat buat untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Belia Perak Darul Ridzuan yang berlangsung di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Ahad.

Shahrul Zaman berkata, tujuh usul tersebut ialah Menjadikan Home Of Silveryouth Sebagai Pusat Kecemerlangan Sosio-Ekonomi Belia Perak, Peningkatan Guna Tenaga Belia dan Wanita Dalam Pelbagai Sektor, Strategi dan Usaha Ke Arah Pembangunan Sukan Negeri dan Memperkasa Golonan Belia Melalui Program Pembangunan Modal Insan.

Tambah beliau, usul seterusnya, Mengekalkan Kelestarian Alam Sekitar : Kepentingan Pengurusan Sisa Pepejal, Perlaksanaan Kempen Kesedaran Berkenaan Etika Penggunaan Media Sosial Sebagai Langkah Menjamin Kestabilan Negara dan terakhir Peranan dan Tanggungjawab Belia Dalam Memerangi Masalah Penyalahgunaan Dadah.

Kesemua tujuh usul itu telah dibentangkan oleh setiap yang perwakilan yang mewakili tujuh jawatankuasa khas.

Antara empat jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Ekonomi, Ushawan Pelancongan dan Pengantarabangsaan; Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyurakat dan Wanita; Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudyaan dan Kesnian dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insdan dan Integrasi Nasional.

Tiga lagi jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia; Jawtankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme.


53 views0 comments
bottom of page